Bangkai Paus Seberat 15 Tan Ini Boleh Meletup Bila-bila Masa Sahaja
Bangkai seekor ikan paus yang berkemungkinan boleh membawa maut jika meletup.
Montpellier: Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai seekor ikan paus kerana bimbang kemungkinan ia membawa maut jika meletup.
Ia mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.
Laluan menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai Saintes-Marie-de-la-Mer,
Bangkai itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.
Pengurus projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan bangkai itu diheret ke laut dan diletupkan menggunakan dinamit.
Bagaimanapun, masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk menariknya kerana keadaan pantai.
Satu lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk mengeluarkan gasnya sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian.
sumber
0 Response to "Bangkai Paus Seberat 15 Tan Ini Boleh Meletup Bila-bila Masa Sahaja"
Catat Ulasan