Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China
Beijing: Pengasas Alibaba, Jack Ma berkata, dia tidak bahagia menjadi lelaki paling kaya di China.
Menurutnya, orang ramai kini melayani dia sebagai selebriti, bukan lagi sebagai usahawan.
�Saya mahu menjadi ahli perniagaan yang dihormati,� katanya.
Ma berkata, dia tidak menjangka Alibaba akan berjaya seperti sekarang. Dia juga tidak sangka akan menjadi kaya raya menerusi syarikat yang diasaskannya.
Tidak lama selepas Alibaba mencatatkan rekod menerusi tawaran sahamnya pada September lalu, bilionair berusia 50 tahun itu, buat kali pertama termasuk dalam senarai Forbes selaku antara orang paling berpengaruh di dunia.
sumber
0 Response to "Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China"
Catat Ulasan