Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini
PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, kata kenyataan itu.
KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.
Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.
Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; 25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. - Bernama
P/s: goodluck kepada semua yang bakal ambil keputusan nanti.
0 Response to "Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini"
Catat Ulasan