Mr. Bean lelong kereta kesayangannya pada harga RM43 juta

Mr. Bean lelong kereta kesayangannya pada harga RM43 juta
Rowan Atkinson atau Mr. Bean bergambar bersama kereta kesayangannya, McLaren F1 yang bakal dilelong pada harga RM43 juta selepas membeli kereta itu pada 1997 pada harga RM2.9 juta. � AGENSI

Pelakon komedi terkemuka Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean, melelong kereta mewah kesayangannya model McLaren F1 pada harga permulaan sebanyak 8 juta pound (RM43 juta pound), walaupun kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan sebanyak dua kali.

Portal berita Mirrok melaporkan Atkinson membeli kereta tersebut yang berkelajuan 387 kilometer sejam dengan harga 540,000 pound (RM2.9 juta) pada 1997.

Malah pelakon berusia 60 tahun itu pernah mencatat sejarah Britain apabila memperoleh tuntutan insurans tertinggi berjumlah kira-kira 900,000 pound (RM4.5 juta) untuk membaiki kereta tersebut yang terlibat dalam kemalangan pada 2011 selepas melanggar sebatang pokok.

Menurut Atkinson, dia tidak pernah terfikir untuk membeli kereta itu untuk membuat pelaburan, sebaliknya membelinya disebabkan kualiti dan reka bentuknya yang menarik.

�Perkara paling seronok yang pernah saya rasakan ketika kali pertama memandunya dengan perlahan dan semestinya saya pernah memandu kereta itu dengan kelajuan 321 kilometer sejam.

�Saya sayangkan kereta ini tetapi sudah tiba masanya ia digunakan oleh orang lain,� katanya, sambil menambah kata, kereta mewah itu telah digunakan sejauh 65,983 kilometer.

Kereta McLaren F1 berkenaan akan dilelong oleh firma jualan lelong kereta terkenal di London, Taylor & Crawley sebagai mewakili Atkinson.

sumber

P/s: masyukkkk


0 Response to "Mr. Bean lelong kereta kesayangannya pada harga RM43 juta"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel