New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi

New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi


New Balance Malaysia hari ini mengeluarkan permohonan maaf menerusi laman Facebook rasmi mengenai isu penjualan kasut kulit babi pada minggu lalu.

Sebuah butiknya yang beroperasi di Queensbay Mall, Pulau Pinang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam apabila meletakkan kasut kulit babi di ruang hadapan premis tanpa amaran yang jelas.

Seorang pengguna Facebook sebelum ini telah memuat naik status yang menyatakkan kekecewaannya terhadap situasi yang dialami sendiri itu.

Antara kandungan kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia itu merangkumi beberapa tindakan serius akan diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Bagi menghormati sensitiviti masyarakat beragama Islam, pengedar akan meletakkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit babi. Papan tanda berkenaan akan diletakkan pada kedudukan yang mudah dilihat.

Selain itu langkah drastik lain yang akan diambil adalah membalut kasut yang menggunakan material kulit babi dengan plastik.

Pihak New Balance Malaysia turut menjelaskan kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan United Kingdom menggunakan bahan berasaskan kulit babi.

Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, sepatu sukan dan gim tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam.

sumber


0 Response to "New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel