Wanita ini dikurung selama 6 tahun kerana cinta tidak direstui keluarga
Beijing: Seorang wanita didakwa dikurung di dalam sebuah bangsal dan dilayan seperti �binatang� selama enam tahun kerana ibu bapanya tidak menyukai teman lelakinya.
Kisah wanita itu, Zhang Qi, 24, terbongkar selepas seorang lelaki bertindak menyebarkan beberapa keping gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan.
Susulan pendedahan berkenaan, pihak polis membuka siasatan bagi menyiasat dakwaan itu yang dipercayai berlaku di sebuah kampung di Jingang di wilayah Hubei.
Seorang penduduk kampung, Chow Jen, 50, berkata, Zhang dipaksa berpisah dengan teman lelakinya pada 2009 selepas keluarganya tidak merestui hubungan mereka.
Katanya, keluarga Zhang bertindak mengurung wanita itu di dalam bangsal selepas mangsa beberapa kali cuba lari dari rumah.
sumber
0 Response to "Wanita ini dikurung selama 6 tahun kerana cinta tidak direstui keluarga"
Catat Ulasan