Tutorial : Cara Memindahkan Mesej WhatsApp Anda Ke Smartphone Yang Baru
Whatsapp adalah aplikasi terpenting bagi kita pada masakini, rata-rata dari kita kebanyakkannya lebih kepada whatsapp berbanding mesej biasa(sms) dan aku yakin walaupon korang nak ganti phone baru,segala chat2 korang sayang nak buang.apatah lagi kalau ada resit pembayaran pembelian barangan ke.bukti sehidup semati korang ke.atau apa jua.ini adalah tutorial untuk korang yang aku cedok dari thevocket
Penting: Jangan install WhatsApp di smartphone baru terlebih dahulu! Jika sudah, anda perlu uninstall. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah.
DI SMARTPHONE LAMA
1. Buka aplikasi WhatsApp.
2. Kemudian, pergi ke Menu Button > Settings > Chat settings > Backup conversations.
3. Ok, sekarang masa untuk pindahkan data.
4. Masukkan SD card yang mahu digunakan untuk smartphone baru ke dalam smartphone lama.
5. Buka aplikasi file explorer seperti �My Files� (untuk model Samsung).
6. Kemudian, klik Device Storage.
7. Cari dan copy folder WhatsApp.
8. Kemudian, paste folder tersebut ke SD card yang anda masukkan tadi.
9. Keluarkan SD card.
DI SMARTPHONE BARU
1. Masukkan SD card tadi ke dalam smartphone baru.
2. Copy folder WhatsApp dari SD card dan paste ke Device Storage.
3. Download dan install WhatsApp.
4. Ketika install, WhatsApp secara automatik akan mencari backup yang ada dan akan bertanya samada anda ingin dapatkan mesej-mesej lama anda semula atau tidak. Pilih �Restore�.
5. Mesej-mesej lama akan muncul kembali setelah proses import selesai.
sumber
P/s: bagi ios korang backup cam biasa je ke icloud atau itunes
0 Response to "Tutorial : Cara Memindahkan Mesej WhatsApp Anda Ke Smartphone Yang Baru"
Catat Ulasan