Video: Keluarga Daripada Arab Pesan Kek Berharga RM322 Juta Untuk Majlis Hari Jadi Dan Pertunangan Anaknya
London � Ketika dunia Arab terus bergolak dengan ratusan ribu pelarian dari rantau itu menggadai nyawa menyeberang lautan untuk ke Eropah bagi menyelamatkan diri dari peperangan dan kemiskinan, wujud pula laporan mengenai satu keluarga Arab memesan kek berharga �48.5 juta (RM322 juta), yang sudah pasti menjadi kek hari jadi paling mahal di dunia.
Kek berkenaan dihasilkan oleh Debbie Wingham, 33, yang menceburi bidang pembuatan kek selepas menghasilkan pakaian paling mahal di dunia dengan harga �11.5 juta (RM76 juta) yang dibuat daripada berlian hitam dan merah.
Dia menerima pesanan untuk menghasilkan kek itu daripada seorang pelanggan yang menetap di Emiriah Arab Bersatu.
Menurut perjanjian antara mereka, Debbie tidak dibenarkan mendedahkan nama pelanggannya.
Kek itu dipesan lelaki Arab berkenaan untuk anak perempuannya sempena hari jadi dan juga hari pertunangannya. � Agensi
sumber
P/s: memang giloo..kaya betul baii..sampai kek pon ada berlian.pergh..orang arab dubai tau je lahh..huhu
0 Response to "Video: Keluarga Daripada Arab Pesan Kek Berharga RM322 Juta Untuk Majlis Hari Jadi Dan Pertunangan Anaknya"
Catat Ulasan