Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar


Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia. Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran. Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca. Difahamkan, kanak-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.

Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar


Joyce berkata �pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh. Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar�. Daniel yang kemudiannya diburu  media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.

sumber


0 Response to "Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel