Gadis Ini Tak sangka Tahi Lalat Yang Dimilikinya Penyebab Kanser

Gadis Ini Tak sangka Tahi Lalat Yang Dimilikinya Penyebab Kanser
Kesan parut di muka serta leher Gemma

LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang wanita tidak pernah menyangka tahi lalat yang dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.

Gemma Cottam, 25, dari Skelmersdale memuatnaik foto yang menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai tahi lalat.

Menurut Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap dua selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu selepas menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.

"Ujian yang dilakukannya menunjukkan tahi lalat itu telah merebak ke nodus limfa dan terpaksa menjalani pembedahan besar untuk merawatnya," katanya dipetik Mirror.uk

Gemma turut berkongsi gambar parut selepas pembedahan di laman Facebooknya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya tahi lalat.

"Ia adalah mengerikan tetapi itulah yang saya terpaksa  hadapi dan saya mahu meningkatkan kesedaran bahawa tahi lalat kecil boleh menjadi kanser dan orang ramai tidak seharusnya mengabaikannya,� katanya lagi.

Gemma menjalani dua pembedahan sejak Oktober lalu dan pembedahan itu turut menyebabkan kerosakan saraf yang menyukarkan dia bergerak serta menghadapi masalah di telinga kiri, leher dan lengan kiri yang memaksanya untuk menjalani fisioterapi bagi merawatnya.

sumber


0 Response to "Gadis Ini Tak sangka Tahi Lalat Yang Dimilikinya Penyebab Kanser"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel