(Berjadual) Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac
Pada 9 Mac 2016 nanti iaitu hari ini, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Kangar � 8.25 pagi (67%)
Kuah � 8.25 pagi (67%)
Alor Setar � 8.25 pagi (68%)
Georgetown � 8.25 pagi (70%)
Ipoh � 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur � 8.24 pagi (79%)
Shah Alam � 8.24 pagi (79%)
Putrajaya � 8.24 pagi (80%)
Seremban � 8.24 pagi (81%)
Melaka � 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu � 8.24 pagi (86%)
Kuantan � 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu � 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu � 8.26 pagi (68%).
Sabah & Sarawak
Kuching � 8.29 page (87%)
Sibu � 8.31 pagi (85%)
Bintulu � 8.33 pagi (82%)
Miri � 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu � 8.40 pagi (73%)
Sandakan � 8.42 pagi (75%)
Tawau � 8.41 pagi (81%)
0 Response to "(Berjadual) Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac"
Catat Ulasan