(5 Gambar) Alla Doktor Bedah Paling Tua, Tiada Kematian Sepanjang Buat Pembedahan
Seusia umurnya 87 tahun, sudah tentu sebaya nenek atau moyang kita. Kiranya sedang rehat menikmati kehidupan atau bersama anak-anak serta cucu.
Tetapi tidak bagi Alla Illyinicha Levushkina yang berusia 87 tahun ini! Dia adalah doktor bedah tertua di Rusia. Dia masih lagi membuat pembedahan lebih daripada 100 pembedahan bagi setahun.
Anda jangan tidak tahu, sepanjang pembedahan yang dilakukan, tiada kematian.
Tabik hormat kepada Alla. Setiap hari Alla akan mula bekerja dari jam 8 pagi dengan menerima pesakit di klinik. Kemudian, selepas 11 pagi dia pergi pula ke hospital untuk melakukan pembedahan.
Dia tinggal di studio apartment bersama lapan ekor kucing. Jika dia tidak bekerja, dia menjaga anak saudara yang kurang upaya.
Baru-baru ini Alla telah menerima anugerah doktor terbaik, yang mana anugerah tersebut diberikan kepadanya kerana kesetiaan terhadap kerjayanya itu. "Saya bekerja dan tidak dapat lakukan apa-apa sekiranya saya bersara. Doktor bukan hanya satu profesion tetapi adalah cara hidup. Jika tidak bekerja, siapa yang akan lakukan pembedahan?," ujar Alla.
sumber
0 Response to "(5 Gambar) Alla Doktor Bedah Paling Tua, Tiada Kematian Sepanjang Buat Pembedahan"
Catat Ulasan