Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul !!
Malaysia bakal berdepan dengan masalah jerebu ekoran cuaca panas dan kering yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia serta fenomena La Nina bermula bulan Jun hingga Oktober ini.
Bagaimanapun, impak jerebu dijangka sederhana berikutan fenomena La Nina yang membawa hujan dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Pusat Meteorologi Khas ASEAN meramalkan keadaan cuaca panas dan kering menyebabkan kebakaran tanah gambut di kedua-dua wilayah itu berlaku diantara bulan Jun hingga Oktober ini.
"Keadaan El Nino yang semakin kuat kini semakin lemah dan dijangka akan berakhir menjelang pertengahan tahun ini.
"Fenomena La Nina pula diramal berlaku pada suku tahun ketiga iaitu Jun hingga September yang akan menyebabkan taburan hujan pada paras normal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai hasil perbincangan pada Mesyuarat Ke-13 Jawatan Kuasa Pemandu Sub Serantau Peringkat Kementerian Mengenai Jerebu Rentas Sempadan di sini hari ini.
Di bawah pula merupakan kenyataan media YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau mengenai Fenomena La Nina Berkemungkinan 70% Berlaku di Akhir Tahun
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
sumber 1 & sumber 2
0 Response to "Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul !!"
Catat Ulasan