Rare : Isteri mengidam mahu makan nasi berlauk sabun
Kuala Lumpur: Keinginan kali ini lain daripada yang lain, malah tidak masuk akal untuk diterima suami dan keluarga apatah lagi makanan diminta dan diidamkan itu membahayakan nyawa kandungan.
Namun, selagi tidak dapat dipenuhi kemahuan itu, suara hati suri rumah yang mahu dikenali sebagai Habshah Ali, 38, meronta-ronta sehingga kadangkala dia menangis seperti anak kecil tidak diberikan gula-gula.
�Saya teringin sangat makan nasi berlauk sabun mandi, saya membayangkan sabun itu diracik halus dan digaulkan dengan nasi sebelum dimakan panas-panas seperti makanan biasa.
�Setiap kali melihat sabun itu, hati saya akan terdetik �agaknya mesti sedap kalau makan dengan nasi panas� sambil telan air liur,� katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya, di Selayang.
Habshah berkata, dia pada mulanya menyangkakan keinginan pelik itu hanya pada bau wangi sabun berkenaan, tetapi lama-kelamaan ia bertukar kepada ingin merasa.
Menurutnya, tidak tahan dengan kemahuan itu, dia akhirnya berkongsi cerita dan meminta kebenaran suami, tetapi tindakannya itu ditentang, malah suami turut mengadu hal berkenaan kepada keluarga.
�Saya menjadi tertekan dan mula menjauhkan diri daripada suami, malah anak sulung yang berusia empat tahun juga tidak dipedulikan sehingga suami terpaksa menghantar anak ke rumah ibu di Shah Alam.
�Suami cuba memujuk selain membawa saya berjumpa doktor untuk membincangkan mengenai simptom mengidam pelik saya ini namun tindakan itu �tidak jalan� kerana saya masih berdegil,� katanya.
Katanya, sebulan selepas itu, ibunya membuat keputusan tinggal di rumahnya kerana bimbang dia betul-betul melakukan tindakan pelik itu.
�Pelbagai usaha suami saya lakukan termasuk membawa saya berjumpa dengan pakar kaunseling bagi �membunuh� keinginan itu dan menjalani rawatan perubatan alternatif kerana bimbang saya terkena buatan orang.
�Akhirnya, saya mengalah... bukan penat dengan semua tekanan yang diberikan sebaliknya saya dekatkan diri dengan Allah dan berdoa supaya keinginan itu terpadam,� katanya.
Situasi sama turut dialami Anis, 36, yang mengidam alat sulit lembu jantan apabila disahkan mengandung anak sulungnya lima tahun lalu.
�Ketika itu usia kandungan saya baru masuk minggu ke-19 dan sepanjang tempoh berkenaan saya tidak pernah mengidam sesuatu yang tidak masuk akal atau sukar dicari.
�Suami juga gembira dan sering berdoa agar saya tidak meminta yang bukan-bukan meskipun sudah sedia maklum dengan perangai pelik wanita mengandung,� katanya.
Katanya, keinginan itu datang secara tiba-tiba ketika dia dan suami merancang pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu untuk menyambut Aidiladha.
�Seminggu sebelum itu, emak saya telefon bertanyakan sama ada kami pulang ke kampung atau tidak kerana ayah mengadakan majlis kenduri ibadah korban bersama-sama dua kakak dan abang ipar saya.
�Selang beberapa hari kemudian, saya memberitahu suami teringin makan alat sulit lembu jantan yang disembelih untuk majlis korban berkenaan,� katanya.
Katanya, seumur hidupnya sehingga mengahwini suaminya itu, dia tidak pernah makan organ lembu apatah lagi makan alat sulit haiwan berkenaan
sumber
0 Response to "Rare : Isteri mengidam mahu makan nasi berlauk sabun"
Catat Ulasan