Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Melakukan Hubungan Intim!

Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Melakukan Hubungan Intim!


Sehebat mana pun kepakaran anda dalam memainkan peranan dalam memuaskan kehendak nafsu pasangan, pastinya ada detik mampu menguji keupayaan anda. Seks mungkin menyeronokkan buat anda, tetapi jangan biarkan hal tidak diingini menggugat prestasi.


1- LUKA

Siapa menyangka, anda berdua boleh �terluka� ketika melakukan seks. Jika tidak berhati-hati ataupun terlalu rakus, luka boleh berlaku di bahagian-bahagian yang tertentu dan semestinya tidak diingini. Teknik, kelajuan dan keadaan persekitaran menyumbang kepada masalah ini. Kesakitan boleh mengundang mood yang tidak senang. Malah, jika luka lebih dalam ia mungkin lebih menyakitkan dan boleh memalukan anda.



2- GEMENTAR

Dia sudah menanggalkan pakaian dalamnya. Dan tiba pula giliran anda. Namun gementar menguasai diri apabila melihat kekurangan diri. Perut buncit dan lemak terkumpul di sana sini. Anda malu dan muka semakin merah padam .


Atasinya- Apa lagi yang perlu anda buktikan? Pastinya ada sudut menarik yang anda miliki sehingga boleh mengumpannya ke ranjang. Asahkan keyakinan anda dan sentiasa berbangga dengan diri sendiri.



3-GELI HATI

Ada masanya, jenaka berlaku tidak dirancang. Contohnya anda menggunakan ayat-ayat manis untuk mengumpannya, tetapi baginya pula ia satu tabiat melucukan. Bagaimana untuk teruskan jika keduanya masih bergelak ketawa. Dengan riak wajah dan bunyi mengerang yang lucu, maka gelak ketawa seperti sudah menjadi kebiasaan. Cara terbaik adalah dengan mengakui yang anda gementar, dan sedikit gurau senda dapat meredakan rasa gementar tersebut.



4- KEKENYANGAN

Burrrppp! Itu pula bunyi-bunyian yang sewajarnya anda elakkan terjadi terutama  apabila berada di atas ranjang bersamanya. Bukan sahaja bunyinya yang menjelikkan, namun adakala ia mengeluarkan bauan yang kurang enak lalu merosakkan mood romantis pasangan.  Sekiranya anda sudah menelan makanan berat, ambil masa untuk buat senaman kardio sebelum seks.



5- KEKEJANGAN

Kekejangan otot atau cramp boleh terjadi kepada sesiapapun tidak mengira usia dan jantina. Kebiasaan, kekejangan di kala seks boleh berlaku di bahagian tertentu seperti di belakang kaki (gastrocnemius), belakang paha (hamstrings) dan depan paha (quadriceps). Ketika seks, kekejangan otot boleh berlaku akibat penggunaan secara berlebihan terutama ketika klimaks.


Atasinya �Beritahu pasangan anda tentang kekejangan yang dialami. Masalah kekejangan sukar dijangka dan boleh berlaku bila-bila masa saja. Minta bantuan pasangan untuk membantu anda merenggangkan tekanan di otot yang kejang tersebut.



6-  �BAD KISSER�  

Akuilah, tidak semua mampu untuk lakukan ini dengan jayanya. Berciuman mungkin kedengaran agak mudah tetapi silap teknik anda mungkin gagal. Ciuman adalah antara teknik foreplay yang mujarab bagi merangsang libido. Jika ciuman pun masih gagal, bagaimana untuk anda teruskan ke tahap yang seterusnya.



sumber



0 Response to "Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Melakukan Hubungan Intim!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel