Fangweng : Restoran Tergantung Lereng Bukit Di China
Restoran tergantung yang unik ini telah dibina di sebuah gunung di Wilayah Hubei, 12 kilometer ke utara bandar Yinchang. Terletak secara tepatnya di Happy Valley of Xiling Gorge, restoran tergantung Fangweng ini menawarkan pemandangan alam semulajadi yang menarik bagi para pendaki yang berani menjejakkan kaki ke dalamnya.
Related
Apa yang menjadi daya tarikan utama di restoran Fangweng adalah dua platform konkrit yang terletak jauh dari lereng bukit, di mana para pengunjung boleh melihat semua keajaiban di Happy Valley atau menonton penerjun bungee melakukan lompatan dari jambatan berhampiran.
Restoran tergantung Fangweng menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan berdasarkan ikan air tawar, itik, babi dan juga penyu yang dimasak campur sekali dengan sayur-sayuran atau bersama rempah-ratus dengan lada panas dan serbuk cili. Namun, sekiranya anda bukan penggemar masakan Cina, sudah cukup bagi anda melawat restoran tersebut bagi menyaksikan keindahan alam semulajadi yang disediakan.
0 Response to "Fangweng : Restoran Tergantung Lereng Bukit Di China "
Catat Ulasan