Ini 6 Sebab Kenapa Perut Jadi Kembung Dan Berangin

Ini 6 Sebab Kenapa Perut Jadi Kembung Dan Berangin


Perut kalau kembung dan berangin mesti ada sebab. Salah satu puncanya disebabkan makan tidak mengikut waktu yang betul. Tetapi, bukan disebabkan makan lambat sahaja, ada 6 lagi perkara yang korang kena tahu yang menyebabkan perut jadi kembung dan berangin.

1)Makan dengan laju

Sabar, lapar walau macam mana sekalipun, jangan makan dengan laju. Disebabkan perkara ini, makanan tidak hadam dengan betul dan akan menyebabkan cebisan makanan yang tidak hancur berkumpul dalam perut.  DIsebabkan itu, perut korang akan terasa kembung

2) Tidak fokus pada makanan

Jangan makan sambil tengok televisyen, internet dan sebagainya. Sebab? Korang tak sedar jumlah makanan yang dimakan melebihi dari sepatutnya. Jadi, fokus dahulu terhadap makanan sebelum nak tengok internet dan sebagainya.

3) Minum pakai straw?

Lebih elok minum air tanpa menggunakan straw, sebenarnya menggunakan straw sebenarnya menyedut udara bersama dan disebabkan itu perut korang kembung

4) Banyak makan makanan berproses

Kurangkan makan makanan berproses. Makanan berproses mengandungi sodium iaitu garam. Garam yang terlalu banyak dalam badan boleh menyebabkan perut jadi kembung. Jadi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan ya!

5) Minum air bergas

Kurangkan minum minuman bergas. Punca perut jadi kembung disebabkan buih-buih gas yang terdapat dalam minuman ringan itu.

6) Makan berat sebelum tidur

Jangan makan makanan berat sebelum tidur. Kena tahu, makanan dalam perut mengambil masa yang lama untuk dihadam. Makan malam lebih elok sebelum 3, atau 4 jam sebelum tidur. Jika lapar, ambil buah-buahan sahaja ya!


sumber



0 Response to "Ini 6 Sebab Kenapa Perut Jadi Kembung Dan Berangin"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel