Jurusolek Peribadi Dedah Rahsia Penjagaan Kulit Kate Middleton

Kate Middleton guna nutella


Jurusolek peribadi Kate Middleton, Debora Mitchell, mendedahkan rahsia kecantikan isteri kepada Putera William itu menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning.

Mitchell berkata, Kate Middleton hanya menggunakan cara tradisional seperti orang lain bagi menjaga kesihatan kulit wajahnya.

Apa yang mengejutkan orang ramai, Kate Middleton dikatakan hanya menggunakan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).

Menurut Mitchell, Kate sering menggunakan kaedah sapuan Nutella tersebut sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah.

Pakar kecantikan tersebut turut menjelaskan bahawa campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.

�Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah.

�Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!� kata Mitchell ketika ditemu bual menerusi rancangan tersebut.

Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan bagi selebriti terkenal seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.


sumber



0 Response to "Jurusolek Peribadi Dedah Rahsia Penjagaan Kulit Kate Middleton"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel