Rumah Api Roter Sand: Hotel Paling Sunyi Di Jerman
Rumah api yang juga dikenali sebagai "hotel paling sunyi di Jerman" ini terletak kira-kira 30 batu nautika daripada teluk Bremerhaven, Lower Saxony dan telah mengalu-alukan kedatangan tetamu selama lebih daripada 10 tahun.
Rumah api ini dianggarkan berusia 125 tahun. Ia telah dibina pada tahun 1885 dan telah di iktiraf sebagai lambang kejuruteraan yang hebat pada masa itu kerana ia merupakan struktur binaan pertama yang dibina atas lantai laut pada kedalaman 22 meter.
Selama lebih 80 tahun struktur yang berwarna merah, putih dan hitam ini menjadi perkara pertama yang dilihat kelasi dan anak kapal yang ingin memasuki pintu masuk ke pelabuhan dan juga menjadi perkara terakhir yang dilihat oleh golongan imigran sebelum kapal mereka memasuki Laut Utara ketika ingin berhijrah ke Dunia Baru.
0 Response to "Rumah Api Roter Sand: Hotel Paling Sunyi Di Jerman"
Catat Ulasan