Air Tasik Ini Berwarna Aneh
Tasik Hillier adalah sebuah tasik berwarna merah jambu yang berada di Kepulauan Recherche, Australia Barat. Jika dilihat dari atas, tasik ini kelihatan seperti gula-gula getah merah jambu. Tasik ini adalah salah satu ciptaan Yang Maha Kuasa. Perkara ini sungguh sangat mengejutkan dan masih menjadi misteri bagi para saintis, kerana mereka masih belum boleh menjelaskan bagaimana Tasik Hillier boleh berwarna merah jambu.
Tasik Hillier mempunyai panjang kira-kira 600 meter, dan dikelilingi bukit pasir pada tepian tasik serta hutan tebal yang memisahkaan Tasik Hillier dengan Lautan Selatan. Kehadiran dari tasik ini telah membawa pengaruh yang baik, terutama untuk menyara sejumlah besar burung asli atau yang berhijrah ke wilayah sekitar hutan dari tasik Hillier. Sehingga tasik ini dianugerahkan sebagai Important Bird Area (BIA) oleh Birdlife International.
Tasik Hillier telah menjadi salah satu tempat tujuan kegemaran masa bercuti bagi para pelancong di Australia. Kebanyakan para pelancong memulakan perjalanan dengan belayar dari Esperance, di tempat ini juga banyak terdapat tempat-tempat yang bagus daan menarik, seperti tempat untuk melayari angin, berbasikal, menunggang, dan lain-lain lagi. Tempat-tempat menarik itu juga bertujuan membuat kesan yang menarik bagi para pelancong di Australia itu sendiri.
0 Response to "Air Tasik Ini Berwarna Aneh"
Catat Ulasan