Hilangkan Jerawat d Wajah Bersama Madu dan Gula.
Jerawat dan kesannya memang memalukan. Di pasaran memang sudah banyak dijual ubat anti jerawat. Tapi kamu juga boleh cuba cara yang semulajadi agar bebas dari pelbagai risiko kulit rosak atau iritasi.
Berikut cuba satu cara mudah dan semula jadi. Yang kamu perlukan adalah madu dan juga gula. Cara ini memang hasilnya tidak boleh segera tapi risiko bahaya atau kesan negatifnya kecil sekali.
Sediakan:
1 sudu makan gula
1 sudu makan madu
Campurkan kedua-dua bahan ini jadi satu. Oleskan pada wajah dan gosok lembut dengan gerakan memutar. Diamkan selama kurang lebih 15 minit. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala lembut.
Gula dan madu akan bertindak sebagai scrub semulajadi yang membantu mengangkat sel kulit mati dan juga jerawat-jerawat yang mengganggu. Madu mempunyai kandungan antiseptik dan anti bakteria. Boleh membunuh bakteria dan kuman yang menyumbat liang-liang kulit. Kandungannya yang melekit boleh melekat pada bintik hitam. Madu juga bermanfaat melembapkan kulit.
Lakukan treatment ini seminggu sekali . Tapi kalau kamu mengalami iritasi saat menggunakan cara ini, segera saja hentikan penggunaannya.
0 Response to "Hilangkan Jerawat d Wajah Bersama Madu dan Gula."
Catat Ulasan