Restoran Ini Bertemakan Sailor Moon.
Pada anda yang lahir di tahun 90'an, Sailor Moon mungkin merupakan kartun kegemaran anda. Jika anda peminat pada gadis-gadis pembela kebenaran itu, Cafe Talisman barangkali boleh menjadi pengubatnya.
Tidak hanya interior, makanan di restoran ini juga mempunyai tema yang sama. Semua makanan dan minuman dihiasi dengan bulan, bintang dan gambar bintang anime dua dekad lalu itu. Bahkan jika anda peminat kopi latte, kafe ini juga akan menggambar kartun Tuxido Bertopeng di atas kopi anda.
Para tetamu mengaku tidak hanya puas dengan penampilan makanan mereka, tetapi juga memuji rasa makanan yang lazat. Mereka pun ingin selalu kembali ke Cafe Talisman. "Kafe ini tidak hanya pandai membuat makanan menjadi enak dilihat, tetapi mereka juga membuat makanan lebih enak dari yang pernah kuduga," terang seorang sumber. "Aku tentu akan kembali ke sana lagi kalau ke Osaka!"
Walaupun demikian, untuk datang ke kafe ini anda tidak boleh membawa teman lebih dari 5 orang kerana kemungkinan tempatnya tidak cukup besar. Selain itu, jika anda adalah lelaki maka bawalah seorang wanita untuk datang ke tempat ini kerana Cafe Talisman tidak membenarkan para lelaki datang sendirian atau berkelompok.
0 Response to "Restoran Ini Bertemakan Sailor Moon."
Catat Ulasan