Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6
RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB
Detroit: Seorang tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.
Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.
Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.
Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.
Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. - Agensi
P/s : murahnya harga rumah kat sanaa..bestnya kalau ada rumah semurah dan sebesar tu kat malaysia :-P
0 Response to "Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6"
Catat Ulasan