Dibanjiri Air Panas
Sebuah bandar di Sweden ternyata mengalami banjir yang amat pelik sekali
Disiarkan oleh the Daily Mail, banjir air panas itu membuat jarak pandang pemandu bas berkurangan. Akibatnya, pemandu hilang kawalan lantas melanggar sekumpulan pejalan kaki.
Saksi melihat bas dengan kelajuan tinggi melanggar para pejalan kaki sehingga mengeluarkan percikan api dari bahagian bawah kenderaan. Mangsa cedera ringan dirawat di Skane University Hospital.
Polisi Lund masih menyiasat punca insiden ini. "Jarak pandang di lokasi kejadian hampir tidak ada sama sekali," kata Pegawai Polis Nils Norling.
Penduduk Lund menggunakan papan kayu untuk menyusuri jalanan yang tergenang banjir, supaya kaki mereka tidak terbakar.
Paip pemanas yang dimiliki oleh syarikat Energy Kraftringen. Melalui laman web rasmi, pengurusan telah meminta maaf dan mengingatkan penduduk agar berhati-hati.
"Kami meminta penduduk sangat berhati-hati dengan kebocoran air panas di lokasi tersebut dan mengelakkan hubungan dengan air tersebut kerana suhu 88 darjah Celsius," tulis Energy Kraftringen.
Insiden ini cukup mengemparhkan Lund, sebuah bandar di selatan Wilayah Scania. Di sana terdapat Universiti Lund, salah satu institusi pendidikan terbesar di Kawasan Scandinavia.
0 Response to "Dibanjiri Air Panas"
Catat Ulasan