Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun
TOKYO � Selepas 17 tahun menabur �bakti� menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya Masashi Kishimoto dilaporkan berakhir menemui pembacanya semalam menerusi komik siri terakhir diterbitkan di negara Matahari Terbit itu.
Naruto merupakan kisah perjuangan ninja muda, Naruto Uzumaki, yang bercita-cita menjadi seorang Hokage, iaitu pemimpin tertinggi Konoha namun perjalanan wira cilik itu tidak mudah kerana tubuhnya dimasuki seekor serigala yang menjadikannya seperti raksasa.
Sehingga 2013 lalu, lebih 130 juta naskhah komik Naruto dicetak di Jepun menjadi antara terlaris di negara itu manakala peminatnya di serata dunia masih boleh ikuti kisah pahlawan fantasi itu sama ada laman internet, cakera video, filem atau novel selain siri TV.
Dalam pada itu, Kishimoto dilaporkan menerima ucapan selamat maju jaya daripada ribuan peminatnya di seluruh dunia dan lucunya, walaupun Naruto tidak diterbitkan di luar Jepun, komik ninja itu telah dialih bahasa di banyak negara termasuk Malaysia.
sumber
0 Response to "Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun"
Catat Ulasan