Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Didunia Berharga RM49,000 Diperbuat Dari Emas

Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Didunia Berharga RM49,000 Diperbuat Dari Emas


Sebuah syarikat Australia, aussieBum mencipta seluar dalam paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AU$14,500 (RM49,000)- lebih mahal daripada sebuah kereta kecil.

Ia dibuat daripada benang pukal emas 24 karat yang dihasilkan di German dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland.

aussieBum diasaskan oleh warga Australia, Sean Ashby pada 2001. Katanya, idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham daripada kecemerlangan era industri perlombongan emas negara itu.

�Era Perlombongan Emas adalah antara sejarah paling menarik dan zaman paling makmur Australia. Saya tertarik dengan idea bahawa penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang mencari kekayaan di Australia,� kata Ashby.

Setakat ini syarikat berkenaan sudah menjual sepasang seluar dalam emas itu dan mengadakan pertandingan untuk menghadiahkan tiga pasang lagi. - Agensi


P/s : apa kejadahnya ni woi.adoi.haha

sumber



0 Response to "Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Didunia Berharga RM49,000 Diperbuat Dari Emas"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel