5 Langkah Nak Elak Kuku Kaki Yang Selalu Tumbuh Ke Dalam Kulit
Jika korang pernah mengalami masalah kuku kaki yang tumbuh kedalam kulit dan tidak sempurna, mesti korang pernah rasa sakit dan tidak selesa. Disebabkan kuku yang tumbuh ke dalam kulit, bakteria mudah untuk masuk kedalam seterusnya menyebabkan jangkitan,
Berikut adalah 5 cara untuk elakkan daripada kuku kaki tumbuh dengan tidak sempurna:
1. Rendam Dalam Air Garam Suam.
Rendam kaki kedalam bekas berisi air suam dan garam selama 15 minit setiap hari. Cara ini akan dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada bahagian kuku. Juga dapat mengurangkan bau kaki.
2.Gunakan Kapas Kecil
Selepas rendaman dalam air garam, ambil kapas kecil dan bersihkan pada bahagian kuku yang terlebih dan isi kulit. Kaedah ini akan membuatkan jarak pada kuku dan kulit,
3.Trim Sedikit Pada Bahagian Kulit
Sementara kulit kaki yang lepas direndam tadi masih lembap, gunakan pemotong kuku untuk mengasingkan kulit kaki daripada kuku. Hati-hati ya takut terpotong pula isi.
4. Pakai Kasut Yang Tidak Terlalu Ketat
Kasut yang ketat akan menyebabkan tekanan pada bahagian kaki khususnya pada bahagian kuku dan isi. Pastikan kasut korang tak terlalu ketat ok!
5. Potong Bahagian Sisi Kuku Kaki Secara Lurus
Ketika memotong kuku kaki, pastikan bahagian sisi kuku dipotong secara lurus dan tidak membengkok ke dalam isi. Ini bagi memastikan kuku tumbuh secara kehadapan, bukannya ke dalam isi jari.
sumber
0 Response to "5 Langkah Nak Elak Kuku Kaki Yang Selalu Tumbuh Ke Dalam Kulit"
Catat Ulasan