Doktor Sahkan Ayumi Hamasaki Sudah Pekak 100%
Bintang pop terkenal Jepun, Ayumi Hamasaki disahkan tidak mampu mendengar lagi sepenuhnya tidak lama lagi.
Related
Melalui kemaskini terbaru di blog miliknya, Team Ayu, dua hari lalu Ayumi Hamasaki akhirnya mendedahkan berita sedih mengenai kondisi pendengarannya.
Selepas melalui beberapa siri ujian, doktor mengesahkan Ayumi Hamasaki tidak akan mampu mendengar melalui kedua-dua telinganya dan akan hilang penderangan secara penuh akibat daripada aktiviti seni Ayumi yang terdedah dengan bunyi yang terlampau kuat.
Tetapi berita ini masih tidak mampu membuatkan Ayumi berhenti.
"Pentas itu adalah tempat saya. Di situ sajalah saya berasa benar-benar wujud. Saya tidak tahu mengenai perkara lain. Tidak guna kita risaukan akan perkara yang belum lagi berlaku."
"Saya akan terus mendengar, walaupun tanpa kedua-dua telinga. Saya akan terus maju kehadapan, walaupun saya tidak lagi mampu berjalan. Saya tidak akan sesekali meminta simpati dan belas ihsan. Saya akan terus yakin dan melangkah sehingga hembusan nafas terakhir"
Benarlah cakap orang, jika kita mempunyai minat yang mendalam terhadap apa yang kita lakukan. Tiada apa pun yang dapat menghalang kita kecuali maut datang menjemput.
Oh ya, kami mahu belanja satu video lagu Ayumi Hamasaki yang pernah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia beberapa tahun lalu. Enjoy!
sumber
0 Response to "Doktor Sahkan Ayumi Hamasaki Sudah Pekak 100%"
Catat Ulasan