Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan
BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu �berjalan� ketika mahu dimandikan buat pertama kali.
Related
Dalam video itu, bidan berkenaan ternyata terperanjat dengan kemampuan bayi yang baru beberapa minit dilahirkan mahu berjalan sendiri.
Bidan itu bercakap dalam bahasa Portugis: �Oh, �budak perempuan� ini berjalan.�
Bidan dalam video itu menjelaskan dia mahu memandikan bayi berkenaan namun bayi itu mahu berdiri dan berjalan.
�Saya mahu memandikannya, dia asyik berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,� katanya.
Menurut Daily Mail, video itu sudah ditonton lebih 50 juta kali dan dikongsi 1.3 juta kali di Facebook.
sumber
0 Response to "Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan"
Catat Ulasan