Tak Pandai Drive, Naik Uber Saja Buat Apa Nak Malu - Chef Wan
Bagi sesetengah selebriti mereka sering dilihat bukan sahaja mengenakan busana atau persalinan mahal, malah barangan berjenama dan termasuklah kenderaan mewah.
Related
"Dalam masa sama, kita membantu mengurangkan kenderaan di jalan raya. Asal tiba ke destinasi selamat, Alhamdulillah."
"Seumur hidup saya tak pernah belajar memandu kereta sendiri pun. Terkejut kan? Sejujurnya saya tak kisah dengan status saya, sama ada membuatkan orang lain rasa kecewa melihat saya menaiki Uber. Bukan mereka yang bayar bil saya pun kan," jelasnya.
Bagi para pengikut chef ini dan juga netizen, mereka berasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Chef Wan.
"Satu perkongsian yang sangat memberi inspirasi, praktikal, benar dan melegakan dari Dato."
"Salute Dato, yang sangat merendah diri."
Sikap sederhana Chef Wan ini seharusnya menjadi teladan dan inspirasi buat semua, bukan sahaja selebriti di luar sana, malah orang kebanyakan biasa pun.
sumber
0 Response to "Tak Pandai Drive, Naik Uber Saja Buat Apa Nak Malu - Chef Wan"
Catat Ulasan