5 Cara Tangani Suami Baran,Fahamkan Juga Kenapa Dia Jadi Pemarah


5 Cara Tangani Suami Baran,Fahamkan Juga Kenapa Dia Jadi Pemarah, panas baran, overcome, be cool husband,

Suami pemarah ini sebenarnya bahaya dalam perhubungan suami isteri. Kalau tak ditangani dengan baik boleh merosakkan sebuah hubungan yang tenang. Ini panduan menghadapi suami yang tak boleh kawal emosi.

1.    Elak Berdebat

Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda pada saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja, malah boleh mengundang padah apabila suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar isteri sendiri. Akibatnya, isteri boleh terikut-ikut menjadi �panas� sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaik-baiknya dalam situasi ini, anda perlu mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya terlebih dahulu.

2.    Gaya Bicara Halus

Langkah terbaik adalah mengajaknya berbincang untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan ketika amarahnya mulai reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya stabil. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja atau pun ketika menonton bersama.

3.    Jangan Menyindir

Salah satu aspek positif yang ada pada suami panas baran atau pemarah adalah sikap suka berterus terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka atau tidak. Sayangnya, cara mereka mengungkapkannya lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi, elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4.    Perbaiki Diri

Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami. Walau anda mengalirkan air mata, si suami yang pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya. Lebih buruk lagi, mereka tidak berasa bersalah walau sedikit pun.

5.    Fahami Latar Belakang Suami

Cuba fahami latar belakang suami. Individu yang memiliki sifat temperamental biasanya mudah terpancing kemarahannya dengan situasi atau keadaan di luar keinginannya. Hanya kerana tersilap kata atau nada suara yang salah, boleh mengundang kepada pertengkaran.

Menurut penulis buku �The Complete Idiot�s Guide To Body Language�, Dr Peter Anderson, sifat pemarah atau pun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga yang mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.


sumber

P/s: ini perkongsian sahaja bagaimana mengatasi, kot angin ribut tiba2 melanda, si isteri boleh menduga dan tahu apa yang perlu dilakukan. Buat para suami yang tahu anda seorang yang baran, cuba la kawal emosi dan fikir kesannya. Apa pun toleransi penting dalam perhubungan kekeluargaan.


0 Response to "5 Cara Tangani Suami Baran,Fahamkan Juga Kenapa Dia Jadi Pemarah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel