Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya
Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana berulang kali menggunakan fizikal Abam sebagai bahan jenaka, pelawak ini telah menyuarakan isi hatinya di laman media sosial miliknya.
Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocik yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.
�Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?�
Sebagai seorang penghibur yang versatil, mungkin juga kumpulan Bocik akan tampil dengan jenaka baru. Kritikan adalah demi untuk kebaikan. Apa pun, semoga Abam dan kumpulan Bocik sentiasa maju dalam menghiasi industri hiburan tanah air.
sumber
0 Response to "Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya"
Catat Ulasan