Cacing pita hidup dalam otak akibat selalu minum air perigi
DOKTOR mengeluarkan cacing pita sepanjang 7.5 sentimeter yang bersarang di dalam otak seorang kanak-kanak di Guangzhou, China
GUANGZHOU - Akibat kerap meminum air dari sebuah perigi, seorang kanak-kanak lelaki dekat sini terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cacing pita sepanjang 7.5 sentimeter yang �bersarang� di dalam otaknya.
Portal Daily Mail melaporkan, keadaan kanak-kanak itu, Xiaofei, 10, mula disedari gurunya yang sering melihat badan serta wajahnya sentiasa �bergerak-gerak�.
Menurut doktor, kanak-kanak tersebut dikesan dijangkiti sparganosis yang disebabkan oleh tabiat meminum air tercemar.
Xiaofei dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan, namun keadaannya bertambah buruk sehingga wajah dan badannya �bergetar� lebih 20 kali dalam sehari.
Ibunya yang dikenali sebagai Zuo, kemudian membawanya ke sebuah hospital pakar dan doktor mengesan terdapat parasit yang hidup di dalam otak Xiaofei.
Ibu kanak-kanak malang itu terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya dan memberitahu hampir kesemua penduduk di kawasan kejiranannya menggunakan air yang diambil di sebuah perigi di kawasan tersebut.
�Saya tidak dapat memba-yangkan cacing pita yang panjang itu boleh hidup dalam kepala anak saya,� katanya.
Doktor yang merawat Xiaofei memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada mengambil makanan atau minuman yang tidak dimasak terlebih dahulu.
sumber
0 Response to "Cacing pita hidup dalam otak akibat selalu minum air perigi"
Catat Ulasan